Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

Text Widget

Disqus Shortname

blogwalid

Search This Blog

Mahu Maklumbalas Pantas?

Random Posts

Recent Posts

My Coway LIVE. PURE

We Love What We Do.

About Us


Expertise

Meganto quality templates can make your website load faster Peut rendre la charge de votre.

Our Serives

Meganto quality templates can make your website load faster Peut rendre la charge de votre.

Efficiency

Meganto quality templates can make your website load faster Peut rendre la charge de votre.

Contact

Meganto quality templates can make your website load faster Peut rendre la charge de votre.

Do you like our work so far?
Let's talk about your project !

GET IN TOUCH

Portfolio


Main Blog
Our Recent Posts

Monday, 30 July 2018

Apa Sebab Kena Minum Air Bertapis? Wanita Ini Kongsikan Detik Cemas Peluang Hidup Adiknya 50 - 50


Ramai yang ambil mudah berkaitan dengan perkara remeh tanpa menyedari yang ianya mungkin menjadi malapetaka untuk kita. Ini kami kongsikan sebuah kisah yang cukup untuk menjadi pengajaran untuk iita semua.
Adik aku demam selama 1 minggu, on off. Masa tu sangat busy, hanya tahu dia demam, tapi tak diberitahu dia demam dah selama seminggu.
Satu hari aku terima panggilan dari klinik, adik aku perlu dihantar ke Hospital kerana suhu badan mencecah 40 darjah. (HARI 1)
Terus dimasukkan ke bahagian emergency dan kena masuk ward. Malam tu ok lagi. Boleh bergelak ketawa sambil makan nasi goreng. (HARI 2) Esok pagi pukul 8 pagi nurse call, kata adik muntah teruk dan minta datang. Masa tu doktor masih tak dapat tahu punca. Tapi mengesahkan mungkin jangkitan kuman atau kencing tikus. Suhu masih sama, Katanya kena pindah di CCU untuk jagaan rapi.
Tunggu punya tunggu, malam baru dipindahkan ke CCU, (HARI 3) esok masih juga tidak tahu punca dari mana. Siap doctor tanya, adik ada pergi air terjun ke? Ada pergi luar Negara? Aku memang tak tahu, tapi tak pernah nampak dia keluar lama. Kencing tikus , negative.
Hari yang sama mak datang dari Kg, dengan sedara-sedara singgah. Elok sahaja petang tu makan bersuap dan bergelak ketawa.
Pukul 8 malam kami balik ke rumah, 45 minit perjalanan. Disini la bermula detik detik ketakutan kami untuk kehilangan…
Baru je nak rehat, terima call dari hospital. Adik di masukkan ke ICU. Sukar bernafas. Dan suruh mak datang segera, sebab doctor nak cakap dengan mak. Terkejut. sebab petang tadi baru je bergurau senda.
Mak masuk jumpa doctor di pintu luar ICU, boleh nampak bayang-bayang mak macam nak jatuh. Bila mak keluar, mak menangis, dan apa doctor kata adik ada chance untuk hidup 50-50 sahaja. Sekarang tak sedar. Kuman merebak dengan cepat dan dah merebak 1 badan. Terpaksa masukkan wayar oxygen melalui mulut. Allah. Terkejut. Jangan kata mak menangis, aku yang kental ni pun turut sama menitis air mata. Dalam keadaan sebak terus call suruh 1 family datang. Termasuk adik yang tengah jalani kursus.
Masa tu aku dah down. Sebab aku yang teman mak aku, dan aku juga yang tinggal dengan adik aku. Tak mampu nak bayang kehilangan, adik yang merupakan harapan keluarga, dan paling pandai. Dan yang paling kerap gaduh dengan aku. Paling tak leh terima masa tu dia akan konvo. Dalam masa 1 bulan untuk terima anugerah dekan.
Tak tahu mana silap, rata-rata menyatakan air yang kotor di rumah. Kami memang tak guna penapis. Sebab kami baru pindah bulan 10 tahun lepas. Tak terfikir pun nak guna penapis. Air minuman pun kami guna air mesin 10 sen 1liter tu. Cuma memasak kami guna air paip. Aku selalu keluar, jarang dirumah. Jadi dia yang makan dia yang masak.
Memang rumah tu rumah flat, kami tak tahu keadaan kebersihan air kawasan tu. Sebab baru pindah. Jadi kami terima ia punca dari makanan atau minuman.
Selepas masuk ICU, bagitau rakan-rakan, dan sedara-mara. Mereka datang ziarah untuk bagi dia kuat untuk lawan dan terus survive. Alhamdulillah tak putus. Sampai pihak Universiti dan pensyarah pon datang.
Selang 3 hari, Alhamdulillah. Semakin positif. Doktor pun kata dia kuat dan dah boleh menulis. Sehingga la dia dah boleh balik rumah. Syukur sangat.
Kesimpulannya, jaga la kebersihan air di rumah kita. Jangan abaikan benda ni. Sebab air putih la minuman yang kita minum banyak setiap hari. Guna la penapis air.
Bukan nak kata penapis air takkan bagi terkena jangkitan kuman, tapi sebagai salah satu cara untuk mencegah. Penyakit jangkitan kuman ada banyak faktor. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kita mencegah dulu 1 faktor kearah jangkitan.
Dalam masa yang sama guna penapis air ni memudahkan kita, Tak perlu masak air dah. Boleh minum air panas, suam atau air biasa terus.
Sebenarnya banyak je penapis air terbaik kat Malaysia ni. Tapi tak pandang pun kan? Dah kena baru nak pandang.
“Admin, ada cara tak nak tahu macam mana nak pilih penapis air yang terbaik?”
Ok admin kongsi cara pilih penapis air.
5 Cara Pemilihan Penapis Air Terbaik untuk Rumah Anda!
1. Saya nak beli penapis air, tapi tak pandai nak pilih?
Pilih yang paling ramai menggunakannya.Tidak dinafikan banyak dah penapis air kat Malaysia ni. Bermacam brand. Tapi pasti, brand yang paling ramai gunakan adalah yang terbaik.
Tanya kawan-kawan. Korang guna tak penapis Coway? Mesti ada yang akan tolong jawab.
2. Perlu ke ambil tahu mengenai servis penyelenggaran penapis air tersebut? Macam tak penting je.
Sangat perlu! Kenapa? Ye la, kalau pakai penapis air yang mempuyai servis penyelenggaran tak ok, ibaratnya korang minum air yang kotor yang ditapis menggunakan penapis yang kotor. Faham?
3. Bagaimana nak pastikan penapis air itu menggunakan teknologi yang selamat dan kualiti yang bagus?
Setiap apa yang kita minum, sangat penting untuk badan kita. Jadi setiap proses bermula dari awal perkembangan, pengilangan, sehingga mendapat sijil sangat penting. Kat situ kita tengok ia kualiti yang terbaik ataupun tak.
4. Bila ditanya, jurujual akan jawab, yang dijual tu adalah yang terbaik. Jadi macam mana nak tahu yang betul?
Semakin mudah kita dapat cari cawangan jenama itu, semakin mudah kita akan dapat perkhidmatan tepat pada masanya.
5. Kesemua penapis air nampak seperti sama. Kenapa jenama dan Negara pembuatan sangat penting untuk diketahui?
Sebab untuk memastikan kita mendapat yang terbaik, sangat penting untuk tahu jenama dan tempat pembuatan. Takkan nak guna penapis air yang tidak diketahui dimana pembuatannya kan?
Sebenarnya tak susah pun nak pilih. Mudah je kan? Jadi pilih la dengan bijak. Bermula sekarang, gunakan penapis air dirumah korang untuk mengelak penyakit yang tidak diingini seperti jangkitan kuman.
Lagi-lagi yang ada anak-anak dirumah. Imunisasi anak-anak sangat rendah. Mudah kena jangkitan. Admin sarankan guna penapis air untuk kesihatan anak-anak dan kita semua.

Apakah yang ada pada warna air?




Air merupakan keperluan paling asas manusia. Ia menjadi tanggungjawab pengguna bagi memastikan air yang keluar dari paip di rumah adalah bersih dan selamat sebelum menggunakannya. Masalah air yang keluar dari paip di rumah boleh dikenal pasti melalui perubahan warna, rasa dan baunya. Sekiranya terdapat perubahan ciri-ciri ini pada air di rumah, langkah pertama yang pengguna perlu lakukan adalah dengan mengenal pasti sama ada ia berpunca dari paip dan tangki di rumah atau dari paip pihak utiliti. Salah satu cara ialah dengan bertanya kepada jiran-jiran rumah sekiranya mereka mempunyai masalah yang sama. Selain itu, pengguna juga boleh menghubungi pihak utiliti air bagi mendapatkan kepastian.

Air yang berwarna


Sekiranya air yang keluar dari paip rumah berubah warna, ia menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat ancaman kesihatan awam. Perkara ini terjadi berkemungkinan berpunca apabila sistem saluran air terganggu sehingga menyebabkan air yang tidak selamat termasuk ke dalam sistem saluran tersebut.

Hijau dan biru:


Kehadiran tembaga Air yang berwarna kehijauan atau kebiruan menunjukkan kehadiran tembaga di dalam air tersebut. Dari segi rasa pula, air akan mempunyai rasa seperti logam atau besi. Sistem paip di rumah terdiri daripada komponen paip tembaga dan paip aloi. Lama-kelamaan paip-paip tembaga ini akan terhakis dan hakisan tembaga ini akan memasuki ke dalam saliran air. Tahap tembaga yang rendah di dalam air adalah sangat penting bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tahap maksimum tembaga yang dibenarkan di dalam air minuman ialah 2 mg/L. Air yang mempunyai kandungan tembaga 3 mg/L hingga 5 mg/L boleh menyebabkan loya, sakit perut, dan cirit-birit. Pendedahan berpanjangan terhadap kandungan tembaga yang tinggi pula akan menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

Bagaimana pengguna dapat mengenal pasti kandungan tembaga dalam air?

• Buka paip dan biarkan air mengalir ke dalam bekas
• Kumpulkan air di dalam bekas tersebut sebanyak 2 hingga 3 liter dan biarkan ia selama beberapa saat.
• Sekiranya air kelihatan berwarna warna hijau atau biru, atau terdapat zarah kecil berwarna hijau atau biru, air tersebut mengandungi paras tembaga hampir atau melebihi 2 mg/L.

Keruh dan putih susu:


Kehadiran gelembung udara Air yang keruh berwarna putih susu biasanya disebabkan kehadiran gelembung udara yang tidak berbahaya. Sekiranya air keruh berwarna putih susu, sediakan gelas jernih dan isikan gelas tersebut dengan air paip dan biarkan selama beberapa saat. Sekiranya air berubah menjadi jernih di bahagian bawah gelas tersebut, ini bermaksud warna tersebut adalah disebabkan oleh kehadiran gelembung udara di dalam air. Gelembung udara boleh terhasil melalui beberapa cara. Antaranya, apabila membuka paip dengan tekanan yang besar secara tiba-tiba. Selain itu, banyak pili juga telah dilengkapi dengan pengudara, yang menghasilkan gelembung udara di dalam air bagi mengurangkan percikan dan memastikan kelajuan air seragam.

Hitam atau coklat gelap:


Kehadiran mangan Punca air paip berwarna hitam atau coklat gelap adalah disebabkan kandungan mangan di dalam air atau sedimen paip.

Coklat, merah, jingga atau kuning:


Disebabkan oleh paip besi yang karat. Secara kesimpulannya, warna adalah merupakan parameter asas yang boleh menjadi petunjuk utama kepada pengguna dalam mengenal pasti tahap kualiti air di kediaman mereka.

Sumber: Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia


Saturday, 28 July 2018

Penapis air bukan barangan mewah.

Air Bersih Hak dan Keperluan Asas Setiap Orang




Penapis air bukan barangan mewah.


Suatu ketika dulu, bila kita melihat orang lain menggunakan telefon bimbit, kita anggap itu adalah barangan mewah. Barangan orang kaya. Pada masa itu, hanya mereka yang bergaji besar sahaja dilihat mampu memakai telefon bimbit.

Pada hari ini, telefon tidak lagi dilihat sebagai barangan mewah. Budak sekolah rendah pun ada yang telah memiliki telefon bimbit sendiri. Cuba anda bayangkan kehidupan anda sehari tanpa telefon bimbit.

Mungkin telefon anda tertinggal di rumah. Atau anda terlupa dimana anda letakkannya.
Bayangkan, apa perasaan anda pada masa itu?
…………………………………………..


Susah?
--------------------------------------

Rasa bengang?
--------------------------------------


Ok dah jumpa dekat bawah sofa.
Alhamdulillah.
Lega.


Mengapa anda rasa susah bila telefon bimbit hilang?
Bukankah ianya tak perlu digunakan setiap masa?


Kita rasa susah kerana telefon bimbit adalah satu keperluan. Ianya bukan sekadar keperluan asas yang biasa, tetapi adalah keperluan yang sangat penting.


Walaupun tak perlu digunakan setiap masa, paling penting telefon anda perlu ada dan boleh digunakan bila-bila masa.


Sekarang cuba anda bayangkan pula kehidupan anda dalam satu hari sahaja.
Dari awal pagi bangun tidur sehingga malam ketika hendak tidur.



Awal pagi bagun, nak mandi dan gosok gigi. Lepas gosok gigi nak bancuh sedikit air kopi. Nasib baik malam tadi ada masak air dan simpan dalam flusk air. Buka flusk air, air panas dah habis.
Rupa-rupanya ada orang lain dah guna.



Ok, kena lah masak air baru. Ataupun abaikan saja. Minum on the way pergi kerja. Nak hantar anak ke sekolah lagi ni.

Sampai bila nak kena masak air?


Mungkin anda rajin. Ataupun mungkin anda menganggap penapis air yang ada di pasaran adalah mahal.

Persoalannya, anda pasti ke ianya benar-benar mahal?
Betul ke anda tak nak ada penapis air di rumah?



Selesaikan masalah ini segera dengan mendapat khidmat nasihat secara percuma dari kami.

Tekan gambar whatsapp di bawah.



Indicator - AP1016A


Tuba - AP3008FH


Lombok2 - AP1511FHE


Storm - AP1516D


Our Famous Clients

Our Services


Water Purifier
Perfect thumbnails matter

Meganto quality templates can make your website load faster Peut rendre la charge de votre.

Starting at RM66/MONTH Get in touch
Air Purifier
Breathe the freshness

Meganto quality templates can make your website load faster Peut rendre la charge de votre.

Starting at RM90/MONTH Get in touch
Installation
We'll manage the rest

Meganto quality templates can make your website load faster Peut rendre la charge de votre.

Starting at $50 / hour Get in touch
Customization
We will customize it

Meganto quality templates can make your website load faster Peut rendre la charge de votre.

Starting at $90 / hour Get in touch

Contact Us


YOUR COMPANY
5th Avenue Madson
Springfield, NY758, USA

112-345-678
hello@yourcompany.com

Interested for our works and services?
Get more of our update !